Saturday, April 25, 2009

15/02/09 - Sukan Olahraga ke35 SKBN.

Abk2194.jpg (1178496 bytes)

[Album]

Temasya sukan SKBN kali ini telah diadakan di Kompleks Sukan Negara Panasonik di Shah Alam oleh kerana padang sekolah tidak begitu selamat digunakan pada masa ini disebabkan pembinaan bangunan sementara sedang dijalankan disebelah padang tersebut.

Namun begitu keadaan dan sambutan dari ibubapa yang begitu ramai hadir amat meriah dan
menggamatkan stadium pada setiap upacara diadakan. Tahniah diucapkan kepada olahragawan yang berjaya dan syabas kepada jawatankuasa penganjur.

07/02/09 - Mesyuarat Agong PIBG ke 35 SKBN.

[Album]

Mesyuarat Agong PIBG kali ke 35 telah diadakan di Dewan Tulip Sk Bukit Naga dirasmikan Pegawai Pelajaran Daerah Kelang. Agenda utama adalah mendapatkan persetujuan sebulat-suara keatas jumlah sumbangan kepada PIBG seperti yang diarahkan Kementerian Pelajaran dan telah dipersetujui sumbangan PIBG kekal RM50.00 dan kutipan dipersetujui pada awal bulan Mac 2009. Yuran Sekolah juga kekal RM38.50 dan kutipan hanya akan dibuat setelah mendapat arahan Kementerian.

Selain membentangkan minit mesyuarat, aktiviti dan Akaun 2008 pemilihan AJK baru telah mengekalkan YDP 2008 En Mohammed Faudzi Mahmud diikuti juga beberapa AJK lama dan separuh darinya baru. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.35 petang.

01/11/08 - Projek Lanskap Sekolah Oleh Kwait Finance House (M) Bhd.

N821664.jpg (1450593 bytes)

[Album]

Satu usaha murni Kwait Finance House dalam khidmat kemasyarakatnya ke sekolah-sekolah luar bandar dengan mengadakan program menceriakan sekolah yang dijayakan sendiri oleh kakitangannya bersama seorang Jururunding Lanskap.

Projek keceriaan dibawah kelolaan PIBG ini telah diserahkan secara rasmi oleh En Ab Jabar
Rahman, Deputi Chief Executive Kwait Finance House (M) Bhd kepada En Fauzi Naib YDP PIBG SKBN.

Turut hadir Dato' Ahmad Zaki bin Abdul Razak, Chief Officer - Corporate Services and Operations dan Raja Zamilia bt Dato' Seri Mansur, Director Communications & Public Relations KHFB.

16/02/08 - Mesyuarat Agong PIBG ke 34

Mesyuarat Agong kali ini telah mengemukakan format baru dimana perbahasan usul dibuka secara umum serta mengikut katagori yang ditetapkan:

P1010143.JPG (169213 bytes)

1. Akademik
2. Displin
3. Keceriaan
4. Ko-kurikulum
5. Keselamatan

Walaubagaimanapun ibubapa lebih bertumpu kepada usul Akademik yang telah mengambil
sebahagian beasr dari waktu mesyuarat.

Bagi perlantikan baru, YDP PIBG En Mohammed Faudzi bin Mahmud masih dikekalkan dan penukaran 3 muka baru dalam barisan AJK.

02/02/08 - Ceramah Keibubapaan

Ceramah Keibubapaan ini telah disempurnakan oleh penceramah yang tak asing lagi dikalangan sekolah-sekolah di Negeri Selangor ini iaitu Tn Haji Muhamad Ghazali bin Hamzah dari Jabatan Pelajaran Selangor sendiri.

P2010050.JPG (156679 bytes)

[ALBUM]

Ceramah yang membawa tajuk "Anak Ku Sayang, Anak Ku Cemerlang" telah menjana semangat dan keperihatinan para ibu bapa yang hadir untuk di terjemahkan kepada keluarga masing-masing.

Tahniah kepada ibubapa yang telah memenuhi dewan ceramah ini..

08/04/09 - Sukanan Tahunan SKBN 2007

Sukan tahunan bagi tahun ini dibuat secara sederhana namun tidak kurang kemeriahan dan keceriannya.

P1010104.JPG (161812 bytes)

[ALBUM]

Kali ini Rumah Biru telah menjadi Johan keseluruhan dan diikuti Rumah Kuning, Hijau dan Merah. Acara olahraga dan sukanika bagi pelajar tahun 1 telah dilangsungkan pada 7hb April 07 hari Sabtu, bagi menjimatkan waktu. Pada hari Ahad diadakan persembahan perbarisan, ikrar, semua acara larian, tarik tali dan diakhiri dengan acara-acara untuk ibubapa, pegawai sukan serta pemberian hadiah-hadiah.

PIBG SKBN terus maju kearah teknologi SMS




Demi keperihatinan kami bagi memudahkan perhubungan diantara guru-guru dan ibubapa mahupun pelajar, PIBG telah menggunakan sistem SMS berkomputer.

Dengan adanya sistem ini ia akan memberikan kepastian bahawa kita para ibubapa akan mendapat maklumat persekolahan anak-anak kita terus ketapak tangan walau dimanapun kita berada.

Jika ingin balas, sila taipkan

kod sms: R pibgskbn "message anda.."

Hantar ke: 33733

03/03/09 - Mesyuarat Agong ke33 SKBN

Mesyuarat diadakan di Dewan MBSA Bukit Naga yang dirasmikan ADUN YB Kamala Ganapathy.

MesAgong06.jpg (419784 bytes)

Mesyuarat bagi perlantikan AJK Baru Sesi 2007-2008 telah menempatkan semula AJK 2006 bagi meneruskan khidmat mereka sepenggal lagi. Beberapa usul hangat telah diperdebatkan khasnya usul meningkatkan dan menambah jumlah pencapaian "A" dalam UPSR, usul keperihatinan Ibubapa dalam aktiviti PIBG, usul Buku Teks, usul Tusyen, usul mengadakan Majlis Dialog diantara Ibubapa dan Guru-guru dan lain-lain.

11/02/07 - Larian Jogathon Terbuka SKBN

Ini adalah merupakan Larian Jogathon terbuka pertama dianjurkan SKBN
bagi mengisi tabung PIBG.

P1010025.JPG (170956 bytes)

[ALBUM]

Dengan pengelibatan penduduk Bukit Naga bersama-sama pelajar dan guru-guru selain dari mendapatkan sumbangan bagi tabung sekolah ia telah dapat menjana kemesraan yang lebih akrab disamping menceriakan suasana di Bukit Naga. Syabas diucapkan kepada PIBG dan Pihak Sekolah yang telah berjaya melaksanakan Larian Jogathon 2007 ini dengan jayanya.

Silakan ke Aktiviti 2006...