Friday, July 23, 2010

MAJLIS BACAAN YAASIN & SOLAT HAJAT 2010

Adalah dijemput semua ibu bapa dan penjaga murid-murid Tahun 6 untuk sama-sama menghadiri majlis tersebut yang akan diadakan pada :-

Tarikh : 29 Julai 2010 (Khamis)
Tempat: Dewan Tulip,MBSA,Kg.Bkt.Naga
Masa : 7.00 ptg- 10.30 mlm

Aturcara Majlis

7.00-7.30 ptg - Pendaftaran
7.30- 8.00 mlm - Solat Maghrib
8.00-8.30 mlm - Bacaan Yaasin
8.30-9.00 mlm - Solat Isyak
9.00-10.00 mlm - Solat Hajat
10.00-10.30 mlm - Jamuan

Tuesday, July 20, 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG KE-4

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:-
Tarikh : 23 Julai 2010 (Jumaat)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Bukit Naga.

Sehubungan itu, semua ahli jawatankuasa PIBG diharap dapat menghadirkan diri pada tarikh tersebut.Kerjasama anda didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Agenda mesyuarat :-

1. Ucapan Pengerusi
2.Ucapan Penasihat
3.Mengesahkan Minit Mesyuarat ke-3
4.Perkara berbangkit
5.Pembentangan Kewangan
6. Solat Hajat UPSR 2010
7.Bazaar Ramadhan 2010
8.Makanan Tambahan Murid UPSR 2010
9.Hal-hal lain

Monday, July 5, 2010

BAZAAR RAMADHAN TAHUN 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa tempahan untuk tapak Bazaar Ramadhan anjuran PIBG SK Bukit Naga bagi tahun 2010 telah dibuka.

Tarikh tutup : 25 Julai 2010
Sewa bagi satu tapak : RM 130

Mereka yang berminat boleh menghubungi :-

1) En.Mohammed Faudzi (YDP PIBG) : 016-3663298

2) Cik Hazami (Penolong Bendahari) : 012-2164593

Sekian dimaklumkan.

Thursday, July 1, 2010

SUKANEKA SK BUKIT NAGA 2010

Adalah dimaklumkan bahawa aktiviti tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 4 Julai 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang sekolah, SK Bukit Naga
Murid terlibat : Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 ( Tahap 1)

Dijemput semua ibu bapa dan penjaga murid-murid yang terlibat untuk bersama-sama memeriahkan acara tersebut.