Friday, November 19, 2010

18/11/10 - Majlis Qurban Aidiladha SK Bukit Naga

Setelah meraikan kecemerlangan pencapaian UPSR dan Hi Tea Kelab Guru SKBN, keseronokkan ini disambung dengan Majlis Qurban Aidiladha di perkaranan SKBN pada 18 November 2010 (Khamis) bermula jam 8.00 pagi.

Semua ibu bapa dan penduduk Kampung Bukit Naga dijemput bagi meraikan bersama-sama majlis qurban yang buat pertama kali diadakan di peringkat sekolah ini.
Majlis dimulakan dengan penyembelehan 2 ekor lembu serta gotong-royong melapah, memotong, menimbang dan membungkus daging untuk disedekahkan kepada keluarga pelajar miskin dan yatim.
Disamping itu, satu majlis khas bagi menikmati Sup Tulang Special dan "Ungkep" yang juga dihadiri oleh Imam Masjid Al-Bakri Bukit Naga membuka majlis santapan dengan bacaan Doa' kesyukuran setelah SKBN mencapai beberapa kecemerlangan dan kejayaan dalam pengurusan dan pembangunan sekolah. [Album]

Friday, November 12, 2010

12/11/10 - Majlis Hi Tea Guru SKBN 2010

Ini merupakan aktiviti tahunan Kelab Guru SKBN bagi menjamu selera ahli-ahlinya sambil bersukaria. Kali ini Majlis Hi Tea diadakan di Intekma Shah Alam dengan penuh keriangan.
Berbgai acara sukaria diadakan telah menggamatkan suasana dengan rebutan berpuluh- puluh hadiah yang desediakan. Pendek kata semua hadirin boleh mendapat hadiah lebih dari satu.
Ahli-ahli PIBG juga telah dijemput dan tidak ketinggalan menyertai berbagai acara yang didakan seperti rebut kerusi, jagoh makan pisang, pecah belon dan berbagai lagi.
Majlis telah dimulakan dari jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. [Album]

Kiri: Pemenang hadiah terbesar berupa barangan letrik.
Kanan: Acara rebut kerusi.

Thursday, November 11, 2010

MESYUARAT KHAS J/K PIBG

Diminta semua ahli J/K PIBG SK Bukit Naga untuk menghadiri mesyuarat tersebut pada :

Tarikh : 15 November 2010 (Isnin)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat,SK Bukit Naga

Agenda Mesyuarat :

1.Ucapan Pengerusi
2.Ucapan Penasihat PIBG
3.Analisa UPSR 2010
4.Hal-hal lain
5.Penutup

ANALISA PEPERIKSAAN UPSR 2010

ANALISA PEPERIKSAAN UPSR 2010

NAMA SEKOLAH : SK BUKIT NAGA TAHUN : 2010

KOD SEKOLAH : BBA0005 TAHUN : ENAM

Bil

Mata Pelajaran

Bil. Murid

A

B

C

D

E

Bil. Lulus

A,B,C

% LULUS

Bil. Gagal

D,E

%

GAGAL

Bil.

%

Bil.

%

Bil.

%

Bil.

%

Bil.

%

1

Bahasa Melayu–Pemahaman

226

132

58.4

43

19.0

47

20.8

2

0.9

2

0.9

222

98.2

4

1.8

2

Bahasa Melayu – Penulisan

226

93

41.2

55

24.3

40

17.7

33

14.6

5

2.2

188

83.2

38

16.8

3

Bahasa Inggeris

226

34

15.0

69

30.5

69

30.5

51

22.6

3

1.3

172

76.1

54

23.9

4

Matematik

226

94

41.6

45

19.9

75

33.2

8

3.5

4

1.8

214

94.7

12

5.3

5

Sains

226

29

12.8

113

50.0

65

28.8

13

5.8

6

2.7

207

91.6

19

8.4

RUMUSAN ANALISIS KESELURUHAN

Bilangan Calon Ambil Ujian

Lulus Semua Mata Pelajaran

( A + B + C )

Menguasai sebahagian mata pelajaran

Gagal semua mata pelajaran

Calon 5A/7A

Jum

%

Jum

%

Jum

%

Jum

%

226

158

69.9

66

29.2

2

0.88

18

7.96

SEJARAH TERCIPTA DI SK BUKIT NAGA

Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 yang telah dikeluarkan pagi tadi mencatatkan sejarah bagi SK Bukit Naga kerana seramai 18 orang calon telah mendapat 5A (2009- 7 calon mendapat 5A). Tahniah diucapkan kepada semua calon-calon berikut :-

1.Ahmad Fahim b.Mohd Kasri
2.Aiman Nabilah bt.Kamarul Azmee
3.Amirah Aishah bt.Markom
4.Eirra Eirwani bt.Zambri
5.Farah Nisa Shahnaz bt.Rozlee
6.Fikrah Ilmi b. Said
7.Mohamad Zakwan b.Zaidi
8.Mohamed Zulhakim b. M.Salihan
9.Muhamad Amirul b. Lazim
10.Muhamad Firdaus b.Mohamad Fadzli
11.Nik Nadiah bt.Nik Zamri
12.Norishah Izwani bt.Ahmad Fauzi
13.NurFaridah bt.Rusdi
14.Nurul Atikah Aina bt.Jahari
15.Nurul Nabilah bt.Abdul Kadir
16.Syakirul Azim b.Mohd Azmy
17.Torik Indra Lesmana b.Kresno Budi Susilo
18.Nur Ainul Hayani bt.Aderi

Adalah diharapkan kejayaan ini dapat menjadi pemangkin untuk kejayaan yang lebih gemilang di tahun hadapan.

Tuesday, November 2, 2010

Majlis Qurban Aidiladha SK Bukit Naga

Adalah dimaklumkan bahawa majlis tersebut akan diadakan pada :-

Tarikh : 18 November 2010 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Sekolah Kebangsaan Bukit Naga

Sehubungan itu, semua ibu bapa dan penduduk Kampung Bukit Naga diharap dapat hadir bagi membantu majlis qurban yang pertama kali diadakan di peringkat sekolah ini.

Sambutan Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah


Adalah dimaklumkan bahawa majlis sambutan tersebut akan diadakan pada :-

Tarikh : 12 November 2010 ( Jumaat)
Masa : 7.20 pagi-12.00 tengahari
Tempat : Dewan Tulip,SK Bukit Naga

Sehubungan itu, semua murid Tahun 1 - Tahun 6 diminta hadir pada sesi pagi dan berkumpul di sekolah untuk diambil kedatangan.

Sekian,harap maklum.

Hari Kecemerlangan Murid 2010

Adalah dimaklumkan bahawa majlis anugerah tersebut akan diadakan pada:-

Tarikh : 11 November (Khamis)
Masa : 7.20 pagi-1 tengahari
Tempat : Dewan Tulip,Kg.Bukit Naga

Sehubungan itu, semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 yang akan menerima hadiah kecemerlangan dan terlibat dalam persembahan diminta hadir.

Mesyuarat J/K PIBG ke-6

Semua ahli Jawatankuasa PIBG SK Bukit Naga dijemput menghadiri mesyuarat tersebut pada:-

Tarikh : 4 November 2010 (Khamis)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat,SK Bukit Naga

Agenda :-

1. Ucapan Pengerusi
2.Ucapan Penasihat PIBG
3.Mengesahkan Minit Mesyuarat ke-5
4.Perkara berbangkit
5.Pembentangan kewangan
6.Hari Kecemerlangan Murid SK Bukit Naga
7.Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah
8.Hal-hal lain

Kehadiran semua ahli Jawatankuasa PIBG adalah amat diharapkan.Sekian terima kasih.

17/10/10 - SUKAN TAHUNAN SK BUKIT NAGA KALI KE-36

SUKAN TAHUNAN SK BUKIT NAGA KALI KE-36 telah berlangsung dengan meriahnya pada hari Ahad 17/10/10 di Stadium Matsushita, Seksyen 21, Shah Alam.
Dimulai dengan rentak perbarisan yang bersemangat dari pasukan berunifom dan pasukan Rumah Merah, Biru, Kuning dan Hijau merentasi pentas utama stadium dengan gahnya.
Sejurus itu Larian Obor oleh adik Elizabeth dan Mohd Amirul Afzan mendapat sorakan gemuruh menyemarakan suasana dengan julangan api semangat kesukanan.
Acara sukan bermula jam 9:30 pagi dengan berbagai acara yang diakhiri dengan acara tarik tali dan penyampaian hadiah kepada yang berjaya menumpaskan lawan masing-masing. [Album]