Monday, January 17, 2011

GOTONG-ROYONG PERINGKAT SEKOLAH 2011

Semua ibu bapa dan penjaga murid serta warga Kg.Bukit Naga diharap dapat menyertai gotong-royong tersebut pada :-

Tarikh : 29 Januari 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi-12.30 tengahari
Tempat : SK Bukit Naga
Antara kerja-kerja yang akan dijalankan ialah:-

1) Menyimen kawasan kaki lima di blok F.
2) Memasang bumbung laluan pejalan kaki (di antara blok F dan G)
3)Mengecat tembok (belakang Makmal Komputer A ) dan pagar besi sekolah
4) Membersihkan kawasan sekitar.

Mereka yang hadir diminta mendaftarkan diri di kantin sekolah.Diharap dapat membawa bersama alatan yang sesuai seperti berus cat,penyapu dan lain lain kerana peralatan sedia ada amat terhad.(Sarapan disediakan)

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2011

Adalah dimaklumkan bahawa aktiviti merentas desa tersebut akan diadakan pada :-

Tarikh : 22 Januari 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi-12.00 tengahari
Peserta : Semua murid Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6)
Tempat bermula : SK Bukit Naga

Sekian,harap maklum.

Sunday, January 9, 2011

Kem Motivasi Kepimpinan Pengawas 2011

Adalah dimaklumkan bahawa kursus tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 14-16 Januri 2011
Hari : Jumaat - Ahad
Masa : 3.00 petang (Jumaat) - 2.00 petang (Ahad)
Peserta : Semua Pengawas Tahap 2 (Tahun 4,5,6)
Tempat : Kem Bina At-Taqwa,Dengkil,Selangor.

Adalah diharapkan semua yang terlibat dapat menghadirkan diri kerana Watikah Pelantikan juga akan diadakan di sana.Sekian,harap maklum.

Saturday, January 8, 2011

Mesyuarat J/K PIBG ke-7

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 10 Januari 2011
Hari: Isnin
Masa: 9.00 malam
Tempat: Bilik Mesyuarat,SKBN

Diharap semua ahli jawatankuasa PIBG SKBN dapat menghadirkan diri.