Tuesday, April 12, 2011

Ujian PERMATApintar UKM1

Ujian PERMATApintar UKM1 adalah ujian IQ berbentuk ujian dalam talian yang boleh dicapai melalui lawan web http://ukm1.permatapintar.edu.my. Ujian ini mengukur kebolehan verbal melalui pembendaharaan kata dan penaakulan (reasoning) secara logikal. Ia dibina oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ujian saringan pertama PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.

1. Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara 2011 di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun sahaja);
2. Program PERMATA Insan 2011 yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar beragama Islam berusia 8 tahun sahaja)
3. Program Pendidikan PERMATApintar (PPPP) iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2011 yang akan memasuki tingkatan 4 dalam PPPP pada tahun 2012).


Ujian PERMATApintar UKM1 dibangunkan dan dilaksanakan secara dalam talian berasaskan web agar proses pencarian pelajar pintar cerdas dapat dilakukan secara menyeluruh dalam masa yang terhad dan tidak melibatkan kos yang tinggi jika dibandingkan dengan ujian bertulis. Dengan itu, ujian ini tidak dijalankan secara bertulis (kertas dan pensil). Selain itu, ujian dalam talian ini dilaksanakan untuk membudayakan ICT dalam kalangan pelajar sekolah.

Untuk tahun 2011, ujian ini boleh diambil dalam tempoh 3 bulan bermula 1 Feb 2011 dan berakhir 30 April 2011. Pelajar tidak dikenakan bayaran untuk mengambil ujian ini. Tiada sekatan atau birokrasi untuk pelajar mengambil ujian sama ada di rumah, di sekolah atau di mana sahaja asalkan boleh mencapai laman web ini.Ujian PERMATApintar UKM1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 8 hingga 15 tahun.

(Sumber : http://www.permatapintar.edu.my )

Sunday, April 10, 2011

MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU-GURU TAHUN 6

Penganjuran Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru-Guru Tahun 6 (2011) ini adalah berdasarkan keperihatinan pihak sekolah dan PIBG terhadap kepentingan membentuk persefahaman di antara pihak sekolah dan ibu bapa bagi memastikan kecemerlangan murid-murid tahun 6 dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada tahun 2011. Majlis ini perlu diadakan kerana akan memberi ruang dan peluang kepada pihak sekolah dalam membentangkan perencanaan program-program sepanjang tahun 2011 khususnya dalam memastikan kejayaan murid-murid dalam UPSR 2011.Ibu bapa juga dapat memberikan idea-idea dan sumbangan terutamanya dalam membantu pihak sekolah bagi mencapai kecemerlangan murid-murid dalam UPSR 2011.


Dengan segala hormatnya dijemput semua ibu bapa/penjaga murid-murid Tahun 6,SKBN untuk menghadiri majlis tersebut yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 15 April 2011
Hari : Jumaat
Masa : 8.00 malam-10.15 malam
Tempat : Dewan Tulip,MBSA,Kg.Bukit Naga

TENTATIF

8.00 malam : Ketibaan ibu bapa dan Pendaftaran

8.30 malam : - Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis

- Bacaan Doa (Tn.Hj.Mohd Ridzan bt.Abd.Shahir)

8.45 malam : Ucapan Alu-aluan oleh Pn.Hjh.Umi Kalsom bt.Kusni,

Guru Besar SK Bukit Naga.

9.00 malam : Taklimat oleh Pn.Nor’inee bt.Khairon (PK Kurikulum,SK Bukit Naga)

1- Memperkenalkan Guru-guru Tahun 6/2011

2- Analisa keputusan PKSR 2 (2010) Thn 5 dan UP 1 (2011) Thn 6

3- Sasaran Pencapaian UPSR 2011

4- Aktiviti Peningkatan Prestasi UPSR 2011 (Jan.-Ogos)

5- Aktiviti Selepas UPSR (Sept.-November)

9.45 malam : Sesi Soal Jawab

10.15 malam : Bersurai