Tuesday, January 8, 2013

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS TAHAP 1

Para pengawas perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui senario seluruh pelajar itu sendiri. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka. Maka atas dasar dan tujuan tersebut kursus Kepimpinan Pengawas ini sangat sesuai dilaksanakan.
Modul yang dirangka adalah seperti Kemahiran Pengucapan Awam, Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis, Pengurusan Organisasi dan Pengisian Ilmiah. Pengisian-pengisian yang disediakan lebih menjurus kepada situasi dan keadaan semasa yang bersesuaian agar ia lebih mudah difahami dan mudah diaplikasikan..Atas sebab itu, sukacita dimaklumkan bahawa Badan Disiplin dan Pengawas SK Bukit Naga dengan kerjasama PIBG SK Bukit Naga akan mengadakan Kursus Kepimpinan Pengawas Tahap 1 ( Tahun 2 & 3) pada ketetapan berikut :-

Tarikh            : 12 Januari 2013 (Sabtu)
Masa             : 7.30 pagi - 5.30 petang
Tempat          : SK Bukit Naga
Murid terlibat : Semua Pengawas Tahun 2 & 3 ( 57 orang)
Guru Terlibat : Semua Ahli Jawatankuasa Badan Disiplin dan Pengawas,SK Bukit Naga.
Fasilitator       :  Khalifah Youth Circle, Khalifah Institute.