Thursday, June 25, 2009

Persiapan Perkhemahan Badan Beruniform Sek.Ren. Daerah Klang 2009

Persiapan untuk menyambut kedatangan 300 peserta perkhemahan dari 60 buah sekolah rendah dari seluruh daerah Klang.

Hari Khamis ( 25/06/09)


(Menegakkan menara buluh)




* laporan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Hari Jumaat (26/06/09)








Hari Sabtu (27/06/09)


(Khemah para peserta)
(Aktiviti riadah)

(Malam barbeku)

Hari Ahad (28/06/09)

(Perasmian Penutup)
Secara keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa program ini berjaya dan berjalan dengan lancar. Penghargaan harus diberikan kepada semua pihak yang terlibat. Terima kasih kepada AJK PIBG yang sudi membantu dan sentiasa bersama dengan pihak sekolah dalam menjayakan program ini.

azzam

Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform Sek.Ren.Daerah Klang 2009

SK Bukit Naga telah terpilih untuk menjadi tuan rumah untuk perkhemahan tersebut pada tahun ini.Aktiviti ini akan disertai oleh lebih 60 buah sekolah dan anggaran 300 peserta sekitar daerah Klang.Aktiviti ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 26 /06/2009 hingga 28/06/2009
Hari : Jumaat hingga Ahad
Masa : 2.30 petang (Jumaat) hingga 2.30 petang (Ahad)
Tempat : Padang SK Bukit Naga

Semua Jawatankuasa PIBG SKBN dan ibu bapa dijemput hadir untuk membantu perjalanan aktiviti khususnya dalam memasak makanan untuk para peserta.Moga-moga program ini dapat berjalan dengan lancar.

azzam

Tuesday, June 16, 2009

Hari Terbuka SKBN sesi 2009

Hari Terbuka SKBN ( Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun / PKSR 1) bagi tahun 2009 akan diadakan pada ketetapan berikut :
Hari : Jumaat
Tarikh : 19 Jun 2009
Masa : Tahun 4,5 dan 6 ( 8.00 pagi - 12.00 tengahari)
Tahun 1,2,dan 3 ( 2.45 petang - 6.00 petang)
Tempat : Mengikut kelas murid masing-masing.

Adalah diharapkan ibu bapa dapat menghadirkan diri bagi mengetahui perkembangan akademik anak masing-masing.Sekian harap maklum.

Monday, June 15, 2009

20/06/09 - Kutipan Bayaran Lain dan Sumbangan PIBG

Adalah dimaklumkan bahawa Kutipan Bayaran Lain dan Sumbangan PIBG bagi tahun 2009 akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 20 Jun 2009
Hari: Sabtu
Masa : 8.30 pagi- 12.00 Tengahari

Senarai bayaran adalah seperti berikut -

A) Bayaran Tambahan Sekolah Tahun 2009

Tahun 1 - 6
1. Ko-kurikulum - RM 5.00
2.Kertas Ujian Dalaman - RM 10.00
3. Sukan Tahunan Sekolah - RM 10.00
4. Kegiatan P.Islam/Moral - RM 10.00
5. MSSM - RM 2.00

Jumlah - RM 37.00

B) Sumbangan PIBG

1. Tabung PIBG (Setiap Penjaga) - RM 20.00
2. Program Kecerdasan - RM 10.00
3. Kemahiran Belajar - RM 15.00
4. Multimedia - RM 5.00

Jumlah - RM 50.00

(Keseluruhan = RM37.00 + RM50.00 = RM87.00)

Diharap ibu bapa akan dapat menghadirkan diri pada hari tersebut.Sekian terima kasih.

Setiausaha PIBG

Monday, June 1, 2009

30/05/09 - Lawatan Pelajar ke Pusat Sains Negara

Lawatan cuti sekolah ke Menara KL, Musium Telekom dan Pusat Sains Negara pada Sabtu 30/5/09 diketuai Cekgu Ahmad Ubaidillah b Hairun.

Ini merupakan lawatan sehari dari jam 7.00 pagi hingga kembali ke SKBN lebih kurang jam 7.00 petang. Meskipun begitu lawatan ini telah dapat memberikan banyak pelajaran dan faedah kepada para pelajar yang mengikutinya.

Jom kita ikuti..


Lebih 40 orang murid mengikuti lawatan ini..