Sunday, February 12, 2012

UNDANGAN MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG PIBG SKBN KE -38

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Naga kali ke-38 akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 18 Februari 2012

Hari : Sabtu

Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang

Tempat : Dataran Perhimpunan,SK Bukit Naga

2. Sehubungan dengan itu, tuan/ puan dijemput hadir bagi menjayakan mesyuarat tersebut. Kehadiran tuan/ puan dalam mesyuarat ini akan membantu dalam mengemukakan usul yang bernas dalam meningkatkan pembangunan sahsiah dan akademik anak-anak kita kelak. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/ puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Agenda Mesyuarat :
- UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG 2011/2012
- MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG
KALI KE-37
- MEMBENTANG LAPORAN AKTIVITI 2011
- MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN 2011
- ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN TAHUN 2012
- PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA
- PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA 2011/2012
- PEMILIHAN DAN PERLANTIKAN AJK PIBG 2012/2013
- UCAPAN ALU-ALUAN YDP PIBG 2012/2013
- MEMBAHASKAN USUL-USUL
1. AKADEMIK
2. DISIPLIN
3. KECERIAAN
4. KO-KURIKULUM
5. KESELAMATAN
- HAL-HAL LAIN



Monday, December 19, 2011

HARI ORIENTASI TAHUN 1 & KUTIPAN SUMBANGAN PIBG SESI 2012

Adalah dimaklumkan bahawa Hari Orientasi Tahun 1 & Kutipan Sumbangan PIBG SK Bukit Naga Sesi 2012 akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 3 Januari 2012

Hari : Selasa

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat : Kelas anak masing -masing

Sehubungan itu murid-murid Tahun 1 SK Bukit Naga bagi sesi 2012 dikehendaki hadir pada hari tersebut berpakaian sekolah dan bawa bersama salinan Mykid dan Surat Beranak.

Semua ibu bapa murid Tahun 1 hingga Tahun 6 juga boleh menjelaskan Sumbangan PIBG SK Bukit Naga sesi 2012 pada hari tersebut.

Harap maklum.

Tuesday, November 15, 2011

PEMBERIAN BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN RM100

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.
Dimaklumkan bahawa ibubapa/penjaga diwajibkan hadir untuk menerima pemberian Khas Awal Persekolahan RM 100 kepada murid tahun 1 hingga 6 pada tempat dan tarikh berikut :-



Tarikh /Hari : 16/11/2011 (Rabu)
Kelas :Tahun 6/2011
Tempat :Dewan Tulip MBSA,Kg.Bkt.Naga
Masa : 8.00 pagi

Tarikh/Hari : 17/11/2011 (Khamis)
Kelas : Tahun 5/2011
Tempat : Pejabat,SK Bukit Naga
Masa : Waktu Pejabat

Tarikh/Hari : 18/11/2011 (Jumaat)
Kelas : Tahun 4/2011
Tempat : Pejabat,SK Bukit Naga
Masa :Waktu Pejabat

Tarikh/Hari : 21/11/2011 (Isnin)
Kelas : Tahun 3/2011
Tempat : Pejabat,SK Bukit Naga
Masa :Waktu Pejabat

Tarikh/Masa : 22/11/2011 (Selasa)
Kelas : Tahun 2/2011
Tempat : Pejabat,SK Bukit Naga
Masa :Waktu Pejabat

Tarikh/Masa : 23/11/2011 (Rabu)
Kelas : Tahun 1 /2011
Tempat :Pejabat,SK Bukit Naga
Masa : Waktu Pejabat

Ibubapa/Penjaga diminta membawa bersama dokumen berikut :-

1) Surat Beranak Asal Murid
2) Kad Pengenalan Penjaga

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat SK Bukit Naga di talian (03-5161 6852)

Sunday, November 13, 2011

PROGRAM KEIBUBAPAAN "IBU BAPA SUMBER INSPIRASI"


Persatuan Ibu Bapa-Guru, SK Bukit Naga demgan kerjasama JKKKP Kg.Bukit Naga akan menganjurkan Program Keibubapaan "Ibu Bapa Sumber Inspirasi" yang akan disampaikan oleh Dr.Robiah K.Hamzah (Mudirah "Ustazah Pilihan" di saluran Astro Oasis) pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 19 November 2011 (Sabtu)

Masa : 8.00 pagi- 1.00 tengah hari

Tempat : Auditorium, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Shah

Alam ,No. 5934 Off Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 34

40470 Shah Alam, Selangor D.Ehsan

Tentatif Program :-

8.00 pagi – Ketibaan ibu bapa dan jemputan

8.15 pagi – Ucapan alu-aluan Pengacara majlis

- Ucapan Yang DiPertua PIBG SK Bukit Naga (En.Azlikamil b. Napiah)

– Ucapan Guru Besar, SK Bukit Naga (Pn.Hjh.Umi Kalsom bt.Kusni)

9.00 pagi - Program Keibubapaan “Ibu Bapa Sumber Inspirasi”

Oleh Dr. Robiah K. Hamzah

12.00 tengah hari Perasmian Penutup

- Makan tengah hari

1.00 tengah hari - Bersurai

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir pada program keilmuan ini untuk bersama-sama mendapat manfaat khususnya dalam mendidik anak-anak kita semua.