Wednesday, January 27, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-36

Mesyuarat Agong PIBG telah diadakan di Dewan Tulip, Seksyen 32, kg. Bukit Naga dan dirasmikan Timbalan Pengarah Pelajaran Daerah Klang.


Beberapa usul telah dikemukakan yang lebih bertumpu kepada hal akademi dan keselamatan. Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan pemilihan AJK baru telah memberikan peluang setahun lagi bagi AJK 2009 meneruskan khidmat dengan terdapat sedikit pertukaran kepada barisan Ahli jawatankuasa.
Mesyuarat telan ditangguhkan tepat jam 12.30 tengahari.

Selamat meneruskan khidmat anda... [Album]

BARISAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2010/2011:
PENASIHAT: (Guru Besar) PN. HJH UMI KALSOM BT. KUSNI, PPT

YANG DIPERTUA: EN. MOHAMMED FAUDZI B. MAHMUD
NAIB YANG DIPERTUA: EN. AZLI KAMIL B. NAPIAH
SETIAUSAHA KEHORMAT: EN. MOHD EZHAM B. M. TAIB
BENDAHARI KEHORMAT: PN. NORHASLINA BT. ASWAN

AHLI JAWATANKUASA
IBU BAPA

EN.KHAIRI HJ AKSAN
PN.SYARENA BT.SHAHRIM
PN.HJH.RAMLAH BT.AHMAD
EN.MOHD SAIRI B. SABTU
EN.ZAIDI B. AHMAD
EN.ZULHAILMY B.MOHD YATIM

GURU
EN.MOHD FAIMI B. MOHAMED
EN.AHMAD UBAIDILLAH B. HAIRUN
PN.MARLINDA BT.AHMAD
EN.KHAIRUDDIN B. SAPERI
PN.ASLINDAH BT. MD.YASIN

JURUAUDIT DALAMAN
EN.AZMAN B.MAHMOD (IBU BAPA)
PN.NIK AZLINA BT.NIK MAHMOOD (GURU)

Monday, January 18, 2010

19/01/10 - MESYUARAT AJK PIBG KE-7

Mesyuarat ke7 PIBG telah diadakan pada malam Selasa 19/01/10 jam 9.00 malam.

Agenda utama adalah membincangkan hal Mesyuarat Agong yang telah ditetapkan pada 20/02/10 hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi.

Selain dari itu, beberapa isu dan perkara berbangkit telah diperbincangkan termasuk hal bangunan baru sekolah, pencapaian UPSR 2009 dan persediaan UPSR 2010, motivasi pelajar, penetapan tarikh Mesyuarat Agong yang dipersetujui pada 20/02/10 hari Sabtu dari jam 8.00 pagi dan tidak ketinggalan isu yang dibangkitkan dalam website ini berkenaan ketidak puasan hati ibubapa dengan perangai pengawal sekolah yang telah diputuskan akan ditamatkan kontraknya dan juga hal kebersihan tandas yang telah dimaklumkan kepihak pengurusan sekolah.

Setiausaha PIBG.

Friday, January 15, 2010

Penghargaan untuk Pengunjung

Terima kasih atas sokongan dan teguran yang membina atas pengisian berita dan maklumat di laman sesawang ini.Tahniah kerana ini membuktikan anda semua mengambil berat akan perkembangan SK Bukit Naga yang tercinta.Mohon maaf kerana laman ini agak lama tidak dikemaskini.Pada permulaan sesi baru persekolahan para guru akan menumpukan dalam mengemaskini data murid-murid, kutipan yuran dan lain-lain.Tetapi proses p&p tetap berjalan seperti biasa.Percayalah bahawa yang terbaik dan semampu mungkin telah dilakukan demi memastikan laman ini terus menjadi sumber maklumat berkenaan aktiviti sekolah.
Demi membuktikan bahawa laman ini adalah milik kita semua maka peluang dibuka untuk anda mengirimkan berita / cadangan / aduan / pertanyaan berkenaan sekolah melalui email di alamat : pibgskbn@yahoo.com, sila sertakan nama penuh dan nombor telefon untuk memudahkan kami menghubungi anda.Sekian Terima kasih.

Setiausaha PIBG

Thursday, January 14, 2010

13/11/09 - Jamuan Akhir Tahun 5G - [Album]

Keseronokkan diambang cuti lebih meriah dan bermakna dengan menjamu selera bersama guru-guru dan rakan-rakan sekelas. Kelas 5 G telah sepakat mengadakan majlis jamuan "Pot-luck" ini di kelas mereka.

Masing-masing membawa berbagai jenis makanan, ada spaghetti, mee goreng, air botol, salad, kacang goreng, cekodok, kuih-muih dan yang paling menyelerakan adalah mee kari dan chicken chop dari Cikgu Zakiah.

Mereka sempat mengadakan perlawanan catur dan siapa yang hebat kena beradu dengan guru kelas. Suasana amat meriah dan berakhir dengan kekenyangan dan bergambar beramai-ramai untuk ditatapi bersama.
Menikmati Chickenchop dan Mee Kari 5G..
Ahhh.. jangan makan pak aji saya cikgu....

Friday, January 1, 2010

03/01/10 - HARI BERTEMU PELANGGAN 2010 & UJIAN DIAGNOSTIK MURID TAHUN 1

1) HARI BERTEMU PELANGGAN SKBN 2010 [Pertanyaan?]

Tarikh : 3 Januari 2010
Hari : Ahad
Masa : 8.30 pagi-12.30 tengahari
Tempat : Blok F (Berdekatan Padang Sekolah)

Aktiviti :-
1) Penyerahan Kad Profil 2009
2) Kutipan Bayaran Tambahan 2010 ( *RM 38.50 seorang)-Thn 1 - Thn 6
* Tidak termasuk bayaran tanda nama, baju sukan, buku peraturan dll. bagi murid Thn 1.
3) Sumbangan PIBG 2010 (RM 50 seorang) - Thn 1- Thn 6

2) UJIAN DIAGNOSTIK MURID BARU Tahun 1 2010

Tarikh : 3 Januari 2010
Masa :930-1030 pagi
Tempat : Kelas Tahun 1 Genius, 1 Arif, 1 Pintar, 1 Efisien, 1 Cerdas dan 1 Kreatif
( Sila rujuk nama murid di pintu kelas-kelas tersebut)

Sekian dimaklumkan.