Wednesday, February 29, 2012

PROGRAM GURU PENYAYANG

Pelaksanaan Program Guru Penyayang di sekolah-sekolah negeri Selangor adalah atas arahan Jabatan Pelajaran Selangor yang telah memutuskan untuk melaksanakan Program Guru Penyayang di seluruh sekolah di Selangor termasuk sekolah rendah melalui surat PPDK/PPK/HEM/02/03/01 Jilid 4( ) bertarikh 1 Februari 2012. Justeru, Program Guru Penyayang ini dikuat kuasakan pelaksanaannya di SK Bukit Naga mulai 13 Februari 2012 sehingga akhir tahun dan berpanjangan selagi gelaran guru dikandung badan.

Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek clan jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti iaitu mengalu-alukan kehadiran murid, pelaksanaan Program Mentor Mentee clan memberi penghargaan kepada murid

OBJEKTIF
Program ini dilaksanakan adalah untuk;

1. Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.

2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.

3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.

4. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun ini ialah :-

1. MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN MURID
a. Guru mengalu-alukan murid di pintu pagar sekolah.

Kaedah:
i. Menyambut kedatangan murid
ii. Membuat sapaan
iii. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berhemah
iv. Membuat publisiti / promosi mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah dengan menyediakan kain rentang.

Personalia:
Barisan Kepimpinan Sekolah
Guru-guru Bertugas
Guru Bimbingan & Kaunseling
Guru Disiplin & Pengawas

2. MENTOR-MENTEE

a. Sesi ramah mesra
b. Sesi makan bersama
c. Meraikan hari lahir
d. Bimbingan hala tuju hidup
e. Lawatan ziarah keluarga
f Sesi perkongsian masalah

Strategi Pelaksanaan
i. Dua orang mentor bagi setiap kelas.

Strategi Pelaksanaan

i. Dua orang mentor bagi setiap kelas.
ii. Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya dua kali sebulan dan diselaraskan dalam jadual waktu harian.

Personalia :

Mentor - Semua Guru
(seperti ditetapkan)
Mentee - Semua Murid

3. PENGHARGAAN MURID

Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid melalui;

i. Hari lahir murid
ii. Sambutan hari kanak-kanak
iii. Perayaan-perayaan utama mengikut kaum termasuk perayaan utama di Sabah dan Sarawak

Kaedah :

i. Guru meraikan murid dalam suasana gembira, rasa hormat, rasa dihargai dengan penuh kasih sayang.

-Mengumumkan ucapan selamat melalui pembesar suara sekolah
-Menyanyikan lagu bersesuaian dengan terra sambutan Menghantar kad ucapan
-Aktiviti meraikan murid boleh dilaksanakan semasa perhimpunan atau dalam bilik darjah.

Personalia:
Semua guru
Semua pentadbir sekolah

Saturday, February 18, 2012

SENARAI PENUH AHLI JAWATANKUASA PIBG SK BUKIT NAGA SESI 2012/2013

Mesyuarat Agung PIBG Sk Bukit Naga kali ke-38 telah selesai diadakan sebentar tadi. Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang hadir pada mesyuarat tersebut. Berikut disertakan senarai ahli jawatankuasa PIBG SK Bukit Naga yang baru dilantik bagi sesi 2012/2013 :-

YangDipertua PIBG : En.Azlikamil b.Napiah
Naib YangDipertua PIBG : En.Sairi b.Sabtu
Setiausaha Kehormat : En.Mohd Ezham b.Mohd Taib
Bendahari Kehormat : Pn.Norhaslina bt.Aswan

Ahli Jawatankuasa (Guru)

En.Zainuddin b. Abdul Ghani
Cik Hazami bt. Wahab
En. Nassir b. Shamsudin
En. Ahmad Muzamil b. Pandak
Cik Ayuni bt. Mat Saad

Ahli Jawatankuasa (Ibu Bapa)

En. Abdul Halim b. Mat Zain
En.Mazlan b.Razali
En. Saharuddin b. Abdul Halim
Pn. Siti Habsah bt. Mohamed
Pn.Norazlina bt. Saiman
Pn.Zaleha bt. Mat Salleh

Juruaudit

Pn.Marziati bt.Misri (Guru)
En. Mohd Rizal b.Mohd Bahar ( Ibu Bapa)

Tahniah diucapkan kepada yang terpilih dan diucapkan selamat bertugas.

Sunday, February 12, 2012

UNDANGAN MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG PIBG SKBN KE -38

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Naga kali ke-38 akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 18 Februari 2012

Hari : Sabtu

Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang

Tempat : Dataran Perhimpunan,SK Bukit Naga

2. Sehubungan dengan itu, tuan/ puan dijemput hadir bagi menjayakan mesyuarat tersebut. Kehadiran tuan/ puan dalam mesyuarat ini akan membantu dalam mengemukakan usul yang bernas dalam meningkatkan pembangunan sahsiah dan akademik anak-anak kita kelak. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/ puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Agenda Mesyuarat :
- UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG 2011/2012
- MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG
KALI KE-37
- MEMBENTANG LAPORAN AKTIVITI 2011
- MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN KEWANGAN 2011
- ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN TAHUN 2012
- PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA
- PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA 2011/2012
- PEMILIHAN DAN PERLANTIKAN AJK PIBG 2012/2013
- UCAPAN ALU-ALUAN YDP PIBG 2012/2013
- MEMBAHASKAN USUL-USUL
1. AKADEMIK
2. DISIPLIN
3. KECERIAAN
4. KO-KURIKULUM
5. KESELAMATAN
- HAL-HAL LAIN