Wednesday, September 28, 2011

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2011

Pada 25 September 2011 yang lalu, Persatuan Ibu Bapa- Guru, SK Bukit Naga telah berjaya menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Dataran Perhimpunan,SK Bukit Naga bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi. Majlis yang pertama kali diadakan ini, disertai oleh 210 orang guru-guru,AJK PIBG serta keluarga masing-masing dan tetamu jemputan. Antara juadah disediakan ialah nasi briyani, nasi impit disamping kuih-muih sumbangan guru-guru dan Kelab Staf & Staf Sokongan SKBN. En.Azlikamil b. Napiah (YDP PIBG) juga telah bermurah hati menyumbangkan hidangan istimewa pada hari itu iaitu seekor kambing golek yang ditempah khas dari kantin sekolah. Penganjuran majlis sebegini dapat mengukuhkan kerjasama diantara PIBG dan guru-guru SK Bukit Naga sekaligus mewujudkan persekitaran yang kondusif dan produktif. Adalah diharapkan majlis ini akan menjadi acara tahunan dan melibatkan semua ibu bapa pada masa hadapan sekiranya kemampuan kewangan PIBG mengizinkan.

En.Azlikamil b. Napiah (YDP PIBG, SKBN)

Pn.Hjh.Umi Kalsom b.Kusni,PPT(Guru Besar, SKBN)


Antara juadah yang disediakan

Hidangan istimewa (Kambing Golek)


Sesi Bergambar (Jawatankuasa PIBG dan Guru-guru SK Bukit Naga)