Wednesday, July 22, 2009

JEMPUTAN MENYERTAI GOTONG-ROYONG

SK Bukit Naga dengan kerjasama PIBG akan mengadakan gotong-royong sekolah pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 25 Julai 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 t/hari
Tempat : SK Bukit Naga

Sehubungan itu, tuan/puan dengan segala hormatnya dijemput hadir bagi menjayakan gotong-royong tersebut. Antara bidang tugas pada hari itu ialah :
a) Memotong tiang besi pagar lama,
b) Mengecat pintu pagar (termasuk kaki lima) ,
c) Memasang dawai di tembok dan
d) Memasang bahan pameran sejarah negara .

Pihak tuan diminta membawa peralatan yang sesuai untuk tugasan hari tersebut. Pembahagian tugas akan dilakukan pada hari tersebut.

Semoga kehadiran tuan/ puan menyertai gotong-royong ini akan membantu dalam mengindahkan dan menceriakan kawasan sekolah untuk kebaikan anak-anak tuan/puan.

* Sarapan disediakan.

Sekian dimaklumkan,terima kasih.

Saturday, July 11, 2009

Kenali Para Pentadbir SK Bukit Naga 2009


Guru Besar - Pn. Umi Kalsom bt. Kusni


GPK Kurikulum - Pn. Nor’Inee bt. Khairon


GPK HEM - Pn. Rakimi bt. Hashim


GPK Kokurikulum - En. Yahya b. Selamat

Persiapan Bazaar Ramadhan 2009

Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, pihak PIBG SK Bukit Naga sekali lagi ingin menawarkan peluang kepada para peniaga untuk menempah tapak perniagaan bazaar Ramadhan yang telahpun dibuka mulai sekarang. Untuk keterangan lanjut atau membuat tempahan, sila hubungi :-


En. Noor Roslan b. Hj. Kandan - 019 352 6133

Pn. Norhaslina bt. Aswan - 013 225 0746

* Gambar-gambar ketika proses menggantung kain rentang







azzam