Saturday, February 23, 2013

Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa-Guru SK Bukit Naga bagi sesi 2013-2014

Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa pengelola yang bertungkus lumus menjayakannya. Syabas juga diucapkan kepada ibu bapa yang mengambil bahagian dalam perbahasan usul dan cadangan serta menunggu sehingga tamat mesyuarat. Berdasarkan pencalonan dan undian yang telah dijalankan, maka berikut disertakan Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa-Guru SK Bukit Naga bagi sesi 2013-2014 :

Penasihat : Pn,Hjh. Sulha bt.Che Hitam(Guru Besar)
Yang Dipertua : En. Azlikamil b. Napiah
Naib YangDipertua : En.Mohd Sairi b. Sabtu
Setiausaha Kehormat : En.Mohd Ezham b. Mohd Taib
Bendahari : Pn.Norhaslina bt.Aswan

Ahli Jawatankuasa (Ibu Bapa) - 6 orang

1. En.Abdul Hakim b. Hj.Sajidin
2. En.Mohd Hafiz b.Samiri
3. En.Mohd Aidil b. Harun
4. Pn.Midah bt. Nanyan
5. Pn.Rokiah bt. Athan
6.Pn.Ramlah bt.Sulaiman

Ahli Jawatankuasa (Guru) - 5 orang

1. En.Shahru Hasimin b. Othman @ Seman
2. En.Mohd Nassir b.Shamsuddin
3. En.Ahmad Muzamil b.Pandak
4. Pn.Rosimah bt.Simat
5. Cik Alecia Puyu Anak Seman

Juruaudit :

1.Pn.Siti Habsah bt. Mohamed (Ibu Bapa)
2.Pn.Marziati bt.Misri (Guru)

Tuesday, February 5, 2013

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK BUKIT NAGA KALI KE -39


Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan peraturan Akta Pendidikan 1996 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998 [Sub peraturan 7(2)], PIBG SK Bukit Naga akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Naga kali ke-39 akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh              : 23 Februari 2013 (Sabtu)
Masa                : 8.30 pagi
Tempat            : Dewan Tulip MBSA, Kg.Bukit Naga
3.         Sehubungan dengan ini, tuan/puan selaku ibu / bapa/ penjaga murid-murid yang masih bersekolah di SK Bukit Naga dengan segala hormatnya dijemput untuk menghadiri mesyuarat berkenaan. Bersama-sama ini disertakan tentatif agenda mesyuarat (Lampiran 1) berkaitan untuk makluman dan rujukan pihak tuan/puan sewajarmya.
4.         Turut dilampirkan adalah borang usul/cadangan yang perlu dikembalikan kepada pihak sekolah sekiranya pihak tuan/puan ingin mengemukakan sebarang usul/cadangan pada mesyuarat berkenaan (Lampiran 2).Borang usul/cadangan yang telah lengkap diisi bolehlah dikembalikan kepada Setiausaha PIBG – En.Mohd Ezham bin Mohd Taib (Sesi Pagi) atau AJK PIBG- Pn.Ayuni bt. Md.Saad (Sesi Petang) selewat-lewatnya pada atau sebelum 13 Februari 2013 (Rabu).
5.         Perhatian dan komitmen tuan/puan untuk hadir ke mesyuarat berkenaan amatlah diharapkan demi pembangunan dan kemajuan murid-murid di SK Bukit Naga. Di atas kesudian tuan/puan hadir dan turut serta menjayakan mesyuarat berkenaan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,dimaklumkan.

Saya yang menjalankan tugas,

Mohd Ezham bin Mohd Taib,
Setiausaha Kehormat,
Persatuan Ibu Bapa-Guru,
SK Bukit Naga Sesi 2012/2013.