Friday, April 30, 2010

30/04/10 - Majlis Motivasi, Akujanji dan Solat Hajat UPSR

MAjlis Motivasi, Akujanji dan Solat Hajat telah diadakan di Dewan Tulip SKBN bagi memberikan perangsang kepada para pelajar, guru-guru dan ibubapa kearah kecemerlangan pencapaian 5A bagi UPSR 2010 ini.
Ceramah motivasi disampaikan oleh En Mohd Ghazali dari MSQ Power Training.
Lebih 90% dari ibubapa pelajar tahun 6 telah menghadiri majlis ini bagi memberikan sokongan moral kepada anak masin-masing disamping merangsang semangat untuk lebih perihatin mendampingkan diri bersama memberikan semangat kepada anak menghadapi UPSR nanti.
Semoga dengan semangat dedikasi ibubapa dan "Akujanji" yang dilafazkan oleh anak-anak untuk terus berusaha dan bersemangat dalam menumpukan fokus kepada pelajaran, insyaAllah
matlamat yang dihajati akan tercapai.
Kami sentiasa mendoakan kejayaan cemerlang untuk semua pelajar Tahun 6 dalam UPSR tahun ini.

Wednesday, April 14, 2010

PEPERIKSAAN BAGI TAHUN 6 (2010)

 
PERKARA                        TARIKH

UJIAN BERFOKUS 1            19 - 21 APRIL 2010

UJIAN *PPPA 1                   1 - 3 JUN 2010

*(PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK)

UJIAN BERFOKUS 2             12 - 15 JULAI 2010

UJIAN PPPA 2                     19 - 21 JULAI 2010


UPSR                                21 - 23 SEPTEMBER 2010

Harap maklum.

 


Wednesday, April 7, 2010

09/04/10 - PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM 2010

Alhamdulillah, semua akviviti perkemahan bagi pelajar tahun 4-6 di Kem Banjaran Sendayu, Gombak bermula dari hari Jumaat 9hb April 10 hingga 11hb April 10 telah berjalan lancar seperti yang dirancang.
Aktiviti yang diadakan amat menarik terutama jungle trakking sejauh 6 km merentas hutan, sungai termasuk berjalan di tepi highway Karak.
Di perkhemahan, elektrik hanya menggunakan generator, yang dibuka pada waktu malam sahaja. Masuk hari kedua kebanyakan dari bateri handset kami mula kehabisan tenaga dan tidak dapat nak charge.
Perkemahan berakhir pada hari Ahad dan kami selamat tiba di dewan Tulip Bukit Naga lebih kurang jam 7.00 petang. [Album]