Wednesday, October 26, 2011

MESYUARAT J/K PIBG KE-4

Adalah diminta semua ahli jawatankuasa PIBG, SK Bukit Naga utntuk hadir ke mesyuarat tersebut pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 2 November 2011 (Rabu)
Masa : 9 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Bukit Naga

Agenda Mesyuarat :-

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Penasihat
3. Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil.3/2011
4.Perkara Berbangkit
5.Pembentangan Kewangan
6. Aktiviti-aktiviti terakhir sekolah :-
- Majlis Qurban Aidiladha
-Hari Kecemerlangan
7. Program Keibubapaan

Monday, October 24, 2011

PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM 2011


Perkhemahan tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 28 Oktober hingga 31 Oktober 2011
Hari : Jumaat hingga Ahad
Masa : 2.30 petang (Jumaat) hingga 2.00 petang (Ahad)
Tempat :Kem Lembah Genting, Batang Kali
Peserta : 120 orang ahli badan beruniform SK Bukit Naga, 26 orang guru pengiring

Perkhemahan tahunan ini bertujuan untuk melatih ahli-ahli badan beruniform SK Bukit Naga tentang asas perkhemahan, ikhtiar hidup dan disiplin diri.

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH




Adalah dimaklumkan bahawa sambutan tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 28 Oktober 2011 (Jumaat)
Masa : 7.20 -12.00 tengahari
Tempat : Dewan Tulip, Kg.Bukit Naga

Sehubungan itu, sekolah pada hari tersebut akan dijalankan pada satu sesi sahaja. Ibu bapa /penjaga diminta mengambil maklum hal tersebut.

Thursday, October 6, 2011

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SESI 2012 ( SIRI 1)

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah terpilih untuk menjadi Pengawas SK Bukit Naga bagi sesi 2012. Sehubungan itu,Badan Disiplin SK Bukit Naga dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling akan mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas Sesi 2012 (Siri 1) yang akan melibatkan semua Pengawas Tahun 2 hingga 6 (2012). Kem ini akan melatih bakal-bakal Pengawas bagi sesi 2012 asas kepimpinan dan bidang tugas Pengawas di sekolah. Adalah diharapkan semua Pengawas ini dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan efektif dan efisien setelah menjalani program ini . Kem ini akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 8 Oktober 2011 (Sabtu)
Masa : 7.20 pagi - 5.30 petang
Tempat : SK Bukit Naga