Thursday, July 1, 2010

SUKANEKA SK BUKIT NAGA 2010

Adalah dimaklumkan bahawa aktiviti tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 4 Julai 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang sekolah, SK Bukit Naga
Murid terlibat : Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 ( Tahap 1)

Dijemput semua ibu bapa dan penjaga murid-murid yang terlibat untuk bersama-sama memeriahkan acara tersebut.

Monday, June 7, 2010

GOTONG -ROYONG SKBN 2010

Adalah dijemput semua ibu bapa dan penduduk Kg.Bukit Naga untuk bersama-sama menjayakan aktiviti tersebut yang akan diadakan pada :-

Tarikh : 26 Jun 2010
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SK Bukit Naga,Seksyen 32,Shah Alam

Kerja-kerja yang akan dijalankan adalah seperti membersihkan kawasan sekitar sekolah dan mengecat pagar / tembok sekolah.Mereka yang berminat untuk menyertai diminta membawa peralatan yang sesuai bersama kerana peralatan sedia ada amat terhad.Satu taklimat ringkas dan pembahagian kumpulan akan diadakan sebelum gotong-royong bermula.

Monday, May 17, 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG KE-3 (2010/2011)

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 4 Jun 2010 ( Jumaat)
Masa : 9.00 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat SKBN

Agenda Mesyuarat :-

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Penasihat
3. Mengesahkan Minit Mesyuarat ke-2
4.Perkara Berbangkit
5.Pembentangan Kewangan
6. Gotong-Royong Perdana
7. Motivasi Murid UPSR (Unit Bimbingan dan Kaunseling)
8. Bazaar Ramadhan
9. Sukaneka ( Unit Ko-Kurikulum)
10.Hal-hal lain

Sehubungan itu, diharap semua ahli Jawatankuasa PIBG SKBN dapat menghadirkan diri pada mesyuarat tersebut. Harap maklum.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2010

Adalah dimaklumkan bahawa sambutan tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh :- 19 Mei 2010 ( Rabu)
Tempat : Dewan Tulip, MBSA
Masa : 7.20 pagi -1.00 tengahari

" GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Sehubungan itu sekolah pada hari tersebut akan diadakan pada sesi pagi sahaja bagi semua murid-murid SKBN.Harap maklum.

Friday, April 30, 2010

30/04/10 - Majlis Motivasi, Akujanji dan Solat Hajat UPSR

MAjlis Motivasi, Akujanji dan Solat Hajat telah diadakan di Dewan Tulip SKBN bagi memberikan perangsang kepada para pelajar, guru-guru dan ibubapa kearah kecemerlangan pencapaian 5A bagi UPSR 2010 ini.
Ceramah motivasi disampaikan oleh En Mohd Ghazali dari MSQ Power Training.
Lebih 90% dari ibubapa pelajar tahun 6 telah menghadiri majlis ini bagi memberikan sokongan moral kepada anak masin-masing disamping merangsang semangat untuk lebih perihatin mendampingkan diri bersama memberikan semangat kepada anak menghadapi UPSR nanti.
Semoga dengan semangat dedikasi ibubapa dan "Akujanji" yang dilafazkan oleh anak-anak untuk terus berusaha dan bersemangat dalam menumpukan fokus kepada pelajaran, insyaAllah
matlamat yang dihajati akan tercapai.
Kami sentiasa mendoakan kejayaan cemerlang untuk semua pelajar Tahun 6 dalam UPSR tahun ini.