Monday, October 24, 2011

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH




Adalah dimaklumkan bahawa sambutan tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 28 Oktober 2011 (Jumaat)
Masa : 7.20 -12.00 tengahari
Tempat : Dewan Tulip, Kg.Bukit Naga

Sehubungan itu, sekolah pada hari tersebut akan dijalankan pada satu sesi sahaja. Ibu bapa /penjaga diminta mengambil maklum hal tersebut.

Thursday, October 6, 2011

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SESI 2012 ( SIRI 1)

Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang telah terpilih untuk menjadi Pengawas SK Bukit Naga bagi sesi 2012. Sehubungan itu,Badan Disiplin SK Bukit Naga dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling akan mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas Sesi 2012 (Siri 1) yang akan melibatkan semua Pengawas Tahun 2 hingga 6 (2012). Kem ini akan melatih bakal-bakal Pengawas bagi sesi 2012 asas kepimpinan dan bidang tugas Pengawas di sekolah. Adalah diharapkan semua Pengawas ini dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan efektif dan efisien setelah menjalani program ini . Kem ini akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 8 Oktober 2011 (Sabtu)
Masa : 7.20 pagi - 5.30 petang
Tempat : SK Bukit Naga

Wednesday, September 28, 2011

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2011

Pada 25 September 2011 yang lalu, Persatuan Ibu Bapa- Guru, SK Bukit Naga telah berjaya menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Dataran Perhimpunan,SK Bukit Naga bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi. Majlis yang pertama kali diadakan ini, disertai oleh 210 orang guru-guru,AJK PIBG serta keluarga masing-masing dan tetamu jemputan. Antara juadah disediakan ialah nasi briyani, nasi impit disamping kuih-muih sumbangan guru-guru dan Kelab Staf & Staf Sokongan SKBN. En.Azlikamil b. Napiah (YDP PIBG) juga telah bermurah hati menyumbangkan hidangan istimewa pada hari itu iaitu seekor kambing golek yang ditempah khas dari kantin sekolah. Penganjuran majlis sebegini dapat mengukuhkan kerjasama diantara PIBG dan guru-guru SK Bukit Naga sekaligus mewujudkan persekitaran yang kondusif dan produktif. Adalah diharapkan majlis ini akan menjadi acara tahunan dan melibatkan semua ibu bapa pada masa hadapan sekiranya kemampuan kewangan PIBG mengizinkan.

En.Azlikamil b. Napiah (YDP PIBG, SKBN)

Pn.Hjh.Umi Kalsom b.Kusni,PPT(Guru Besar, SKBN)


Antara juadah yang disediakan

Hidangan istimewa (Kambing Golek)


Sesi Bergambar (Jawatankuasa PIBG dan Guru-guru SK Bukit Naga)

Wednesday, July 20, 2011

MAJLIS SOLAT HAJAT UPSR 2011


Dengan segala hormatnya dijemput semua calon UPSR 2011 SK Bukit Naga, ibu bapa/penjaga dan warga Kampung Bukit Naga untuk menyertai majlis tersebut pada ketetapan berikut :

Tarikh : 28 Julai 2011
Hari : Khamis
Masa : 7.00 malam - 9.30 malam
Tempat : Masjid Al- Bakri, Kg. Bukit Naga

Semoga dengan usaha ini anak- anak kita mendapat kejayaan yang gemilang dalam UPSR pada tahun ini.

Sunday, July 10, 2011

Gotong- Royong SKBN 2011

Dengan segala hormatnya dijemput semua ibu bapa/ penjaga dan semua penduduk Kg.Bukit Naga untuk menyertai gotong-royong tersebut pada ketetapan berikut:

Tarikh : 17 Julai 2011

Hari : Ahad

Masa : 8.00 pagi

Tempat : SK Bukit Naga, Seksyen 32,Shah Alam.

Antara kerja- kerja yang akan dijalankan ialah membersihkan kawasan sekitar sekolah, menyimen kawasan tempat letak basikal dan membina pondok rehat murid. Diharap tuan/puan dapat membawa peralatan yang sesuai kerana peralatan sedia ada amat terhad.

Sekian, harap maklum.