Monday, September 3, 2012

Majlis Solat Hajat & Bacaan Yaasin UPSR 2012


Adalah dimaklumkan bahawa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2012 akan bermula pada 11 September sehingga 13 September ( Selasa-Khamis). Oleh itu, Panitia Pendidikan Islam SKBN dengan kerjasama PIBG SKBN akan mengadakan Majlis Solat Hajat & Bacaan Yaasin UPSR 2012 pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 6 September 2012 ( Khamis)
Masa : 7.00 malam - 9.00 malam
Tempat : Dewan Tulip MBSA,Kg.Bkt Naga
Aktiviti : - Solat Maghrib
- Solat Hajat
- Bacaan Yaasin
- Solat Isya'

Sehubungan dengan itu, semua calon UPSR 2012 yang beragama Islam dikehendaki hadir bersama ibu bapa masing-masing pada majlis tersebut. Semoga segala usaha ini mendapat perkenan dariNya. Harap maklum

Saturday, June 30, 2012

SUKAN TAHUNAN SK BUKIT NAGA KE-38

Sukacita dimaklumkan bahawa Sukan Tahunan SK Bukit Naga Kali ke-38 akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh              : 1 Julai 2012 (Ahad)
Masa                : 8.00 pagi- 12.30 tengahari
Tempat            : Kompleks Sukan Negara Panasonic, Seksyen 21, Shah Alam.
Perasmian oleh : Y.B.Senator Tuan Mohamad Ezam Bin Mohd Nor (Ahli Dewan Negara)


Semua ibu bapa/penjaga dijemput hadir bagi memeriahkan acara tersebut.

Tuesday, June 5, 2012

MAKLUMAN HARI TERBUKA/LAPORAN AKADEMIK SKBN

Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Terbuka/Penyerahan Laporan Akademik pertengahan tahun akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Sesi Pagi (Tahun 4,5 dan 6)- hadir di kelas anak masing-masing


Tarikh : 15 Jun 2012
Hari     : Jumaat
Masa   : 8.00 pagi - 11.30 pagi


Sesi Petang (Tahun 1,2 dan 3)- hadir di kelas anak masing-masing


Tarikh : 15 Jun 2012
Hari     : Jumaat
Masa   : 3.00 petang - 5.30 petang

Sehubungan itu, semua ibu bapa/penjaga diharap dapat menghadirkan diri pada ketetapan di atas untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan anak masing-masing di sekolah.

Harap maklum.

Saturday, May 19, 2012

Saringan Khas LINUS Tahun 2 dan Tahun 3

Dimaklumkan bahawa saringan tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tahun 3

Tarikh : 6 April 2012
Masa : 3.00-3.30 petang (Literasi), 4.00-4.30 petang (Numerasi)

Tahun 2

Tarikh : 18 Mei 2012
Masa : 3.00-3.30 petang (Literasi), 4.00-4.30 petang (Numerasi)

Semua murid Tahun 2 dan 3 diWAJIBkan menduduki ujian khas tersebut.

Markah penuh : 20 markah
Markah lulus   : 16 markah

Sekian,harap maklum.

Monday, May 14, 2012

SAMBUTAN HARI GURU SK BUKIT NAGA 2012

Kelab Staf dan Sokongan SK Bukit Naga akan menganjurkan sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada ketetapan berikut :-

Tarikh  : 16 Mei 2012
Hari      : Rabu
Masa    : 7.20 pagi- 12.00 tengahari
Tempat : SK Bukit Naga

Aturcara majlis :-
- Perarakan masuk guru-guru
  -Nyanyian "Negaraku"
  -"Nyanyian Negeri Selangor"
  -Bacaan Doa  ( Tn.Hj.Mohd Ridzan b.Sahir)
-Ucapan wakil murid ( Mohd Izzat Firdaus b.Rosmadi)
- Ucapan Pengerusi KSSS (En.Muhammad Azizul b.Abraur)
-Ucapan Guru Besar SK Bukit Naga ( Pn.Hjh.Umi Kalsom bt.Kusni)
-Bacaan Perutusan Pengarah KPPM- (En.Ahmad Muzammil b.Pandak)
-Bacaan Perutusan YAB Menteri Pelajaran - (En.Mohd Ezham b.Mohd Taib)
-Nyanyian "Guru Malaysia"
-Nanyian lagu tema Hari Guru 2012
- Persembahan Murid:-
-Kump.Nasyid Annur
-Persembahan Prasekolah
-Deklamasi Sajak oleh Nur Ellisa bt Nordin
-Pengumuman "Guru Dedikasi 2012"
10.00 pagi- 12.00 tengahari - Sukaneka Guru
12.00 tengahari-Murid bersurai


“GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI 
PENDIDIKAN NEGARA”