Wednesday, September 28, 2011

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2011

Pada 25 September 2011 yang lalu, Persatuan Ibu Bapa- Guru, SK Bukit Naga telah berjaya menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri bertempat di Dataran Perhimpunan,SK Bukit Naga bermula jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi. Majlis yang pertama kali diadakan ini, disertai oleh 210 orang guru-guru,AJK PIBG serta keluarga masing-masing dan tetamu jemputan. Antara juadah disediakan ialah nasi briyani, nasi impit disamping kuih-muih sumbangan guru-guru dan Kelab Staf & Staf Sokongan SKBN. En.Azlikamil b. Napiah (YDP PIBG) juga telah bermurah hati menyumbangkan hidangan istimewa pada hari itu iaitu seekor kambing golek yang ditempah khas dari kantin sekolah. Penganjuran majlis sebegini dapat mengukuhkan kerjasama diantara PIBG dan guru-guru SK Bukit Naga sekaligus mewujudkan persekitaran yang kondusif dan produktif. Adalah diharapkan majlis ini akan menjadi acara tahunan dan melibatkan semua ibu bapa pada masa hadapan sekiranya kemampuan kewangan PIBG mengizinkan.

En.Azlikamil b. Napiah (YDP PIBG, SKBN)

Pn.Hjh.Umi Kalsom b.Kusni,PPT(Guru Besar, SKBN)


Antara juadah yang disediakan

Hidangan istimewa (Kambing Golek)


Sesi Bergambar (Jawatankuasa PIBG dan Guru-guru SK Bukit Naga)

Wednesday, July 20, 2011

MAJLIS SOLAT HAJAT UPSR 2011


Dengan segala hormatnya dijemput semua calon UPSR 2011 SK Bukit Naga, ibu bapa/penjaga dan warga Kampung Bukit Naga untuk menyertai majlis tersebut pada ketetapan berikut :

Tarikh : 28 Julai 2011
Hari : Khamis
Masa : 7.00 malam - 9.30 malam
Tempat : Masjid Al- Bakri, Kg. Bukit Naga

Semoga dengan usaha ini anak- anak kita mendapat kejayaan yang gemilang dalam UPSR pada tahun ini.

Sunday, July 10, 2011

Gotong- Royong SKBN 2011

Dengan segala hormatnya dijemput semua ibu bapa/ penjaga dan semua penduduk Kg.Bukit Naga untuk menyertai gotong-royong tersebut pada ketetapan berikut:

Tarikh : 17 Julai 2011

Hari : Ahad

Masa : 8.00 pagi

Tempat : SK Bukit Naga, Seksyen 32,Shah Alam.

Antara kerja- kerja yang akan dijalankan ialah membersihkan kawasan sekitar sekolah, menyimen kawasan tempat letak basikal dan membina pondok rehat murid. Diharap tuan/puan dapat membawa peralatan yang sesuai kerana peralatan sedia ada amat terhad.

Sekian, harap maklum.

Wednesday, June 29, 2011

LARIAN SERENTAK 1 MURID, 1 SUKAN, 1 MALAYSIA

Larian ini akan diadakan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 2 Julai 2011
Hari : Sabtu
Masa : 6.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Tulip MBSA, SK Bukit Naga
Peserta : 1)Semua murid Tahun 3,4,5 dan 6.
2) PIBG
3) Ibu bapa / Penjaga murid

Sehubungan itu, semua ibu bapa/ penjaga yang berminat untuk menyertai larian ini dijemput untuk hadir pada hari tersebut untuk pendaftaran.

Aturcara :

6.0- 7.00 pagi : - Semua peserta melapor diri
- Senamrobik
- Ketibaan dif-dif jemputan
- Ketibaan Guru Besar

7.20 pagi - Bacaan Doa
- Ucapan Perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia oleh Guru Besar

7.45 pagi -: Pelancaran LARIAN SERENTAK 1 MURID, 1 SUKAN, 1 MALAYSIA

8.30 pagi :Pertandingan Sukan Bolasepak dan Bolajaring antara Rumah Sukan

12.00 t/hari : Majlis Penyampaian Hadiah

12.30 tengah hari : Bersurai

Friday, June 24, 2011

PERKHEMAHAN PASUKAN BDN BERUNIFORM THN 3& 4 2011

Program ini akan dijalankan pada ketetapan berikut :

Tempat : SK Bukit Naga

Tarikh : 25 & 26 Jun 2011

Masa : 8.00 pagi (Sabtu) sehingga 1.00 tengahari (Ahad)

Peserta : 91 orang murid Tahun 3 & 4.