Tuesday, February 5, 2013

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK BUKIT NAGA KALI KE -39


Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan peraturan Akta Pendidikan 1996 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998 [Sub peraturan 7(2)], PIBG SK Bukit Naga akan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Naga kali ke-39 akan diadakan pada ketetapan berikut :
Tarikh              : 23 Februari 2013 (Sabtu)
Masa                : 8.30 pagi
Tempat            : Dewan Tulip MBSA, Kg.Bukit Naga
3.         Sehubungan dengan ini, tuan/puan selaku ibu / bapa/ penjaga murid-murid yang masih bersekolah di SK Bukit Naga dengan segala hormatnya dijemput untuk menghadiri mesyuarat berkenaan. Bersama-sama ini disertakan tentatif agenda mesyuarat (Lampiran 1) berkaitan untuk makluman dan rujukan pihak tuan/puan sewajarmya.
4.         Turut dilampirkan adalah borang usul/cadangan yang perlu dikembalikan kepada pihak sekolah sekiranya pihak tuan/puan ingin mengemukakan sebarang usul/cadangan pada mesyuarat berkenaan (Lampiran 2).Borang usul/cadangan yang telah lengkap diisi bolehlah dikembalikan kepada Setiausaha PIBG – En.Mohd Ezham bin Mohd Taib (Sesi Pagi) atau AJK PIBG- Pn.Ayuni bt. Md.Saad (Sesi Petang) selewat-lewatnya pada atau sebelum 13 Februari 2013 (Rabu).
5.         Perhatian dan komitmen tuan/puan untuk hadir ke mesyuarat berkenaan amatlah diharapkan demi pembangunan dan kemajuan murid-murid di SK Bukit Naga. Di atas kesudian tuan/puan hadir dan turut serta menjayakan mesyuarat berkenaan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,dimaklumkan.

Saya yang menjalankan tugas,

Mohd Ezham bin Mohd Taib,
Setiausaha Kehormat,
Persatuan Ibu Bapa-Guru,
SK Bukit Naga Sesi 2012/2013.

No comments:

Post a Comment