Wednesday, July 22, 2009

JEMPUTAN MENYERTAI GOTONG-ROYONG

SK Bukit Naga dengan kerjasama PIBG akan mengadakan gotong-royong sekolah pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 25 Julai 2009
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 t/hari
Tempat : SK Bukit Naga

Sehubungan itu, tuan/puan dengan segala hormatnya dijemput hadir bagi menjayakan gotong-royong tersebut. Antara bidang tugas pada hari itu ialah :
a) Memotong tiang besi pagar lama,
b) Mengecat pintu pagar (termasuk kaki lima) ,
c) Memasang dawai di tembok dan
d) Memasang bahan pameran sejarah negara .

Pihak tuan diminta membawa peralatan yang sesuai untuk tugasan hari tersebut. Pembahagian tugas akan dilakukan pada hari tersebut.

Semoga kehadiran tuan/ puan menyertai gotong-royong ini akan membantu dalam mengindahkan dan menceriakan kawasan sekolah untuk kebaikan anak-anak tuan/puan.

* Sarapan disediakan.

Sekian dimaklumkan,terima kasih.

No comments:

Post a Comment