Friday, August 21, 2009

Impian Yang Bakal Menjadi Kenyataan

Harapan warga SK Bukit Naga untuk mendapat bangunan gantian baru bagi menggantikan dua blok kayu yang telah uzur bakal menjadi kenyataan. Projek membina sebuah blok 4 tingkat di tapak blok lama tersebut telah dimulakan dengan proses awal iaitu membina penghadang disekeliling tapak bangunan. Bagi menampung kelas murid-murid tahun satu dan empat di blok kayu sekarang, satu blok sementara akan dibina di kawasan padang bersebelahan dengan blok baru sekarang.PIBG juga telah bersetuju untuk membina bilik guru sementara menggunakan kayu-kayu daripada blok lama tersebut. Bilik guru sementara tersebut akan dibina di blok E, berdekatan dengan bilik pam air. Adalah diharapkan dengan terbinanya bangunan gantian ini, SK Bukit Naga akan menjadi lebih selesa untuk semua warga SK Bukit Naga.Projek ini dijangka siap pada 15 September 2010.




Pemberitahuan butiran projek



Penghadang dipasang dikawasan blok kayu







Laluan lori di padang


Pintu masuk kawasan pembinaan di padang







No comments:

Post a Comment