Sunday, December 13, 2009

13/12/09 - MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI

Sejukkkk....
Selain dari Majlis Perkahwinan, Majlis Berkhatan adalah merupakan salah satu dari aktiviti dimusim cuti sekolah.

Majlis Berkhatan Beramai-ramai telah dianjurkan Masjid Al-Bakri Bukit Naga bersama JKKK buat pertamakalinya disertai seramai 25 peserta yang sebahagian besarnya murid SKBN.

Majlis bermula di Dewan Sukan Jalan Klinik dimana bacaan doa membuka tirai bagi satu perarakan mengelilingi kampung Bukit Naga dengan menaiki sebuah trailer dan diiringi paluan rebana disepanjang perjalanan sehingga ke destinasi akhir di Masjid Al-Bakri dimana majlis seterusnya diadakan..

Perarakan keliling kampung, upacara bersiram beramai-ramai sebagai "pelembut"..

Dol.. ko giliran keberapa hah.. / Masuklah.. macam gigit gerengga je.. / Tak sakit kan...

No comments:

Post a Comment