Friday, January 15, 2010

Penghargaan untuk Pengunjung

Terima kasih atas sokongan dan teguran yang membina atas pengisian berita dan maklumat di laman sesawang ini.Tahniah kerana ini membuktikan anda semua mengambil berat akan perkembangan SK Bukit Naga yang tercinta.Mohon maaf kerana laman ini agak lama tidak dikemaskini.Pada permulaan sesi baru persekolahan para guru akan menumpukan dalam mengemaskini data murid-murid, kutipan yuran dan lain-lain.Tetapi proses p&p tetap berjalan seperti biasa.Percayalah bahawa yang terbaik dan semampu mungkin telah dilakukan demi memastikan laman ini terus menjadi sumber maklumat berkenaan aktiviti sekolah.
Demi membuktikan bahawa laman ini adalah milik kita semua maka peluang dibuka untuk anda mengirimkan berita / cadangan / aduan / pertanyaan berkenaan sekolah melalui email di alamat : pibgskbn@yahoo.com, sila sertakan nama penuh dan nombor telefon untuk memudahkan kami menghubungi anda.Sekian Terima kasih.

Setiausaha PIBG

No comments:

Post a Comment