Friday, November 19, 2010

18/11/10 - Majlis Qurban Aidiladha SK Bukit Naga

Setelah meraikan kecemerlangan pencapaian UPSR dan Hi Tea Kelab Guru SKBN, keseronokkan ini disambung dengan Majlis Qurban Aidiladha di perkaranan SKBN pada 18 November 2010 (Khamis) bermula jam 8.00 pagi.

Semua ibu bapa dan penduduk Kampung Bukit Naga dijemput bagi meraikan bersama-sama majlis qurban yang buat pertama kali diadakan di peringkat sekolah ini.
Majlis dimulakan dengan penyembelehan 2 ekor lembu serta gotong-royong melapah, memotong, menimbang dan membungkus daging untuk disedekahkan kepada keluarga pelajar miskin dan yatim.
Disamping itu, satu majlis khas bagi menikmati Sup Tulang Special dan "Ungkep" yang juga dihadiri oleh Imam Masjid Al-Bakri Bukit Naga membuka majlis santapan dengan bacaan Doa' kesyukuran setelah SKBN mencapai beberapa kecemerlangan dan kejayaan dalam pengurusan dan pembangunan sekolah. [Album]

No comments:

Post a Comment