Thursday, March 22, 2012

Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah

Sukacita dimaklumkan kepada semua ibu bapa dan penjaga murid-murid SK Bukit Naga bahawa di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)Pendidikan, satu inovasi baru telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana semua markah ujian dan peperiksaan sekolah setiap murid telah direkodkan secara dalam talian (online). Sistem ini membolehkan ibu bapa menyemak pencapaian anak-anak mereka dalam ujian dan peperiksaan yang telah dijalankan secara terus di dalam talian. Berikut disertakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyemak keputusan ujian dan peperiksaan murid-murid :-

Langkah 1

Taip alamat berikut : http ://saps.moe.gov.my dan klik SEMAKAN IBU BAPA

Langkah 2

Masukkan nombor Surat Beranak @ Kad Pengenalan murid berkenaan dan pilih Sekolah Rendah serta pilih Tahun semasa (cth :2012) kemudian klik Semak Laporan

Langkah 3

Paparan berikutnya akan menunjukkan Nama sekolah,No.Surat Beranak@ Kad Pengenalan , Nama Murid,Kelas semasa dan pilih Keputusan Peperiksaan (cth: Ujian 1)

Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau Papar markah peperiksaan

Langkah 4

Ibu bapa boleh mencetak slip keputusan tersebut untuk rujukan masing-masing.

Dengan sistem ini, diharapkan ibu bapa dapat memantau perkembangan akademik anak-anak mereka dengan lebih mudah dan berkesan.


No comments:

Post a Comment