Tuesday, June 5, 2012

MAKLUMAN HARI TERBUKA/LAPORAN AKADEMIK SKBN

Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Terbuka/Penyerahan Laporan Akademik pertengahan tahun akan diadakan pada ketetapan berikut :-

Sesi Pagi (Tahun 4,5 dan 6)- hadir di kelas anak masing-masing


Tarikh : 15 Jun 2012
Hari     : Jumaat
Masa   : 8.00 pagi - 11.30 pagi


Sesi Petang (Tahun 1,2 dan 3)- hadir di kelas anak masing-masing


Tarikh : 15 Jun 2012
Hari     : Jumaat
Masa   : 3.00 petang - 5.30 petang

Sehubungan itu, semua ibu bapa/penjaga diharap dapat menghadirkan diri pada ketetapan di atas untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan anak masing-masing di sekolah.

Harap maklum.

Saturday, May 19, 2012

Saringan Khas LINUS Tahun 2 dan Tahun 3

Dimaklumkan bahawa saringan tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tahun 3

Tarikh : 6 April 2012
Masa : 3.00-3.30 petang (Literasi), 4.00-4.30 petang (Numerasi)

Tahun 2

Tarikh : 18 Mei 2012
Masa : 3.00-3.30 petang (Literasi), 4.00-4.30 petang (Numerasi)

Semua murid Tahun 2 dan 3 diWAJIBkan menduduki ujian khas tersebut.

Markah penuh : 20 markah
Markah lulus   : 16 markah

Sekian,harap maklum.

Monday, May 14, 2012

SAMBUTAN HARI GURU SK BUKIT NAGA 2012

Kelab Staf dan Sokongan SK Bukit Naga akan menganjurkan sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada ketetapan berikut :-

Tarikh  : 16 Mei 2012
Hari      : Rabu
Masa    : 7.20 pagi- 12.00 tengahari
Tempat : SK Bukit Naga

Aturcara majlis :-
- Perarakan masuk guru-guru
  -Nyanyian "Negaraku"
  -"Nyanyian Negeri Selangor"
  -Bacaan Doa  ( Tn.Hj.Mohd Ridzan b.Sahir)
-Ucapan wakil murid ( Mohd Izzat Firdaus b.Rosmadi)
- Ucapan Pengerusi KSSS (En.Muhammad Azizul b.Abraur)
-Ucapan Guru Besar SK Bukit Naga ( Pn.Hjh.Umi Kalsom bt.Kusni)
-Bacaan Perutusan Pengarah KPPM- (En.Ahmad Muzammil b.Pandak)
-Bacaan Perutusan YAB Menteri Pelajaran - (En.Mohd Ezham b.Mohd Taib)
-Nyanyian "Guru Malaysia"
-Nanyian lagu tema Hari Guru 2012
- Persembahan Murid:-
-Kump.Nasyid Annur
-Persembahan Prasekolah
-Deklamasi Sajak oleh Nur Ellisa bt Nordin
-Pengumuman "Guru Dedikasi 2012"
10.00 pagi- 12.00 tengahari - Sukaneka Guru
12.00 tengahari-Murid bersurai


“GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI 
PENDIDIKAN NEGARA”

Monday, April 23, 2012

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2012

Badan Disiplin dan Pengawas SK Bukit Naga akan menganjurkan Kem Kepimpinan Pengawas 2012 pada ketetapan berikut :

Tarikh : 28 dan 29 April 2012 (Sabtu dan Ahad)
Masa : 7.30 pagi (bertolak)- 3.30 petang (dijangka tiba)
Tempat berkumpul : Dewan Tulip MBSA,Kg Bukit Naga.
Tempat :Kem Mega Crystal,Kuala Selangor, Selangor.
Peserta : 82 Pengawas Tahun 4,5 dan 6.
Guru Pengiring : 13 orang AJK Badan Disiplin dan Pengawas

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah Latihan Dalam Kumpulan,Aktivti riadah berfokus dan kembara.

Thursday, March 22, 2012

Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah

Sukacita dimaklumkan kepada semua ibu bapa dan penjaga murid-murid SK Bukit Naga bahawa di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)Pendidikan, satu inovasi baru telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana semua markah ujian dan peperiksaan sekolah setiap murid telah direkodkan secara dalam talian (online). Sistem ini membolehkan ibu bapa menyemak pencapaian anak-anak mereka dalam ujian dan peperiksaan yang telah dijalankan secara terus di dalam talian. Berikut disertakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyemak keputusan ujian dan peperiksaan murid-murid :-

Langkah 1

Taip alamat berikut : http ://saps.moe.gov.my dan klik SEMAKAN IBU BAPA

Langkah 2

Masukkan nombor Surat Beranak @ Kad Pengenalan murid berkenaan dan pilih Sekolah Rendah serta pilih Tahun semasa (cth :2012) kemudian klik Semak Laporan

Langkah 3

Paparan berikutnya akan menunjukkan Nama sekolah,No.Surat Beranak@ Kad Pengenalan , Nama Murid,Kelas semasa dan pilih Keputusan Peperiksaan (cth: Ujian 1)

Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau Papar markah peperiksaan

Langkah 4

Ibu bapa boleh mencetak slip keputusan tersebut untuk rujukan masing-masing.

Dengan sistem ini, diharapkan ibu bapa dapat memantau perkembangan akademik anak-anak mereka dengan lebih mudah dan berkesan.